Powered by Blogger.
RSS

Thursday 9 February 2012

Muhibbah Team 2012

bismillahirrahmanirrahim...



Click to enlarge

Jom sertai kami!
Jangan lepaskan peluang ini..
Daftarkan nama anda sebagai salah seorang ahli MUHIBBAH TEAM sekarang!

Adakah anda masih tertanya-tanya..
Apakah Muhibbah Team? Siapakah yang layak mendaftarkan diri?

Secara ringkasnya, MUHIBBAH TEAM ialah:

  1. Sebuah organisasi yang munazhamah(tersusun) di bawah Biro Disiplin Mahallah Representative Committee(MRC) Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.
  2. Matlamatnya adalah berdasarkan Surah Al-Imran ayat 104; ‘Amar Ma’ruf Nahi Munkar’(mengajak kepada kebaikan,membenci kemungkaran).
  3. Mempunyai jadual pergerakan yang lancar tetapi fleksibel.
  4. Dibahagikan kepada beberapa group kecil –masing-masing diketuai oleh seorangfellow dan juga terdapat seorang wakil MRC.
  5. Merekalah orang-orang yang BERJAYA. (Rujuk Surah Al-Imran ayat 104)
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
 وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
"Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan).
Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan)."
(Al-Imran : 104)


Anda berminat?
Masih tertanya-tanya apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menyertai MUHIBBAH TEAM? Adakah anda layak?

Anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar sebagai ahli MUHIBBAH TEAM jika:

  1. Anda yakin anda sudah cukup bekalan pahala untuk dibawa ke syurga kelak.
  2. Anda mahu kawan-kawan anda masuk neraka lantaran banyak balasan dosa yang diterima akibat terjebak dalam kancah maksiat.
  3. Anda berasa sangat selesa dengan segala bentuk kemungkaran dan maksiat yang berlaku di kawasan sekeliling anda.
  4. Anda mahu bala dan azab Allah Maha Kuasa menimpa anda, sahabat-sahabat anda, rakan sebilik anda, kawan sekuliah anda, dan mereka-mereka yang anda sayangi yang turut berada satu kawasan dengan anda.

(Na’uzubillahi min dzaalik..)

Kredit kepada Iddin & Abd Rahman

Baiklah..mari kita kaji ciri-ciri kita..
Anda tergolong dalam golongan yang mana satu?

Golongan pertama?
TIIDAAKK!!
Mengapa tidak?
Anda rasa anda masih belum bersedia ke alam seterusnya kerana belum cukup amal soleh yang akan dibawa sebagai bekalan ke akhirat nanti? Lebih banyak kejahatan berbanding kebaikan? Lebih banyak dosa berbanding pahala? Anda mahu berusaha sebaik mungkin untuk mempertingkatkan amal soleh dalam mencari bekalan pahala ke akhirat kelak? Okay..

Jika bukan golongan pertama, mungkin golongan kedua. Betul?
TIIDAAKK!!
Anda sayang kawan-kawan anda?
Cuba bayang wajah kawan-kawan anda yang banyak membantu anda selama ini..Kawan-kawan lah yang sanggup menjadi teman setia kita. Kawan-kawan lah yang menitiskan air mata kerana kesusahan kita. Bahkan, kawan-kawanlah yang sanggup ketawa demi lawak kita!
Anda tak sanggup melihat mereka terlibat dalam kemungkaran/kejahatan? Jadi, anda betul-betul sayang kawan-kawan anda? Okay..

Golongan pertama bukan, golongan kedua pun bukan. Jadi, anda golongan yang mana?
Saya teka anda golongan ketiga. Anda selesa dengan maksiat. Anda senang dengan kemungkaran. Betul tekaan saya?
TIIDAAKK!!
Juga tidak?
Anda bukan seorang yang gembira/happy/senang hati apabila melihat maksiat? Anda berusaha untuk ‘merubah’ kejahatan yang anda lihat? Walaupun hanya dengan selemah-lemah iman, anda tetap benci akan kemungkaran dengan hati anda, kan? Anda juga berusaha untuk merubahnya dengan tangan mahupun lidah. Betul? Nampaknya, anda memang tak suka maksiat berlaku di hadapan anda, juga di kawasan study anda. Okay..

Tinggal golongan terakhir dalam ‘senarai-tidak-layak’; golongan keempat –golongan yang menanti-nantikan azab daripada Allah Azza Wa Jalla. Kali ini, saya rasa saya tak salah lagi.
TIIDAAKK!!
???
Golongan terakhir pun bukan? Anda bukan daripada golongan yang tak kisah dengan ancaman dan seksa daripada Tuhan? Tekaan saya silap lagi? Ahh!
Anda takut dengan azab yang sangat hebat daripada Allah Maha Kuasa? Anda gentar dengan ancaman yang sangat menggerunkan daripada Tuhan Yang Memiliki Langit dan Bumi? Anda ‘kecut perut’ dengan bala yang sangat dahsyat daripada Tuhan Yang Maha Menciptakan? Anda juga tak mahu sahabat-sahabat anda, rakan sebilik anda, kawan sekuliah anda, dan mereka-mereka yang anda sayangi yang turut berada satu kawasan dengan anda ditimpa azab dan bala daripada Allah kerana berlakunya maksiat/kemungkaran di persekitaran anda? Betul tak mahu? Okay..


Nampaknya, anda telah menidakkan semua ciri-ciri di atas. Anda sendiri mengaku anda bukan daripada golongan-golongan tersebut.

Alhamdulillah.

Jadi, tunggu apa lagi?
Anda patut/perlu/mesti mendaftarkan diri sebagai ahli MUHIBBAH TEAM sekarang!

Inilah masanya untuk terlibat dalam dakwah! Inilah masanya untuk menunjukkan bahawa anda benci kepada maksiat, dan sayang kepada mad’u!

Sertai rakan-rakan anda yang lain sekarang juga!






Bagaimanakah cara-cara mendaftar?

Mudah. Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda suka.

Cara pertama:
Hubungi mana-mana ahli Mahallah Representative Committee (MRC) UMAFZ atau MRC mahallah masing-masing melalui telefon bimbit anda. Kami menerima pendaftaran melalui telefon dan juga sistem pesanan ringkas(sms).
p/s: Anda boleh rujuk nombor telefon MRC UMAFZ pada papan kenyataan di setiap mahallah. (Nombor telefon tidak dapat disiarkan di blog ini atas beberapa faktor. Harap maaf.)

Cara ke-2:
Hantar nama penuh dan nombor matrik anda di page Facebook kami (Mahallah Umaif)

Semoga Allah memberkati usaha anda semua. InsyaAllah.



p/s: Pendaftaran hanya dibuka kepada siswa lelaki(brothers) di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya sahaja. [Buat masa ini..]
Maklumat tambahan akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Jazakumullahu khairan kathira. Wassalam.

MOHAMMAD AFWAN BIN MOHD DAUD
Timbalan Pengerusi,
Mahallah Representative Committee(MRC) UMAFZ,
2011/2012,
Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya 




edited by : MRCMAB

brought to you by : Mahallah Representative Committee UMAFZ

wallahu a'alam..

No comments: